Monday 4 July 2011

Duit Yasiin Wali Tujuh

Tuan Saidin asal usul silling Yasiin ini adalah di Tanah melayu.
sebagai mata wang sedikit sebanyak sudah tentulah ia tersebar ke nusantara dan mungkin ada sedikit ke negara islam yang lain dibawa oleh saudagar yang berdagang di Tanah Melayu ketika ia dikeluarkan.
Silling ini disebut Silling Yasiin kerana mengandungi tulisan Yasiin. Silling Yasiin ini ditempa dengan pertukangan tangan. Logam yang digunakan membuat wang Yasiin ini terdiri daripada emas, perak, tembaga, timah hitam dan besi untuk menentukan nilainya. Perkataan Yasiin dipilih kerana ia menyatakan tentang manusia.
Bilangan tulisan Yasiin yang dimiliki oleh silling Yasiin ini ganjil kerana ia dikeluarkan dwi tahunan. Bagaimana pun terdapat Silling Yasiin memiliki tulisan Yasiin yang genap seperti 12.
Silling Yasiin dikeluarkan adalah sebagai wang peringatan perkembangan Islam di Tanah Melayu. Gambar yang dipupuk pada Silling Yasiin tersebut adalah sebagai tulisan yang digunakan ketika itu untuk menyatakan gambaran perkhabaran perkembangan Islam di Tanah Melayu .
Pada zaman ini duit Yasiin sering digunakan memikat jin untuk minta bantan memperolehi sesuatu. Keaslian duit Yasiin ini boleh dikenali menerusi logamnya, kerana logam zaman dahulu dan sekarang adalah berbeza dan kesan logam yang sudah disimpan beratus tahun pun berbeza dengan logam yang baru ditempa.


No comments:

Post a Comment